ATM Rampas Daun Ketum Bernilai RM66,500 Di Bukit Kayu Hitam


ALOR SETAR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Pasukan Batalion ke-4 Rejimen Renjer Diraja (RRD), berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar 700 kilogram daun ketum bernilai RM66,500 yang dipercayai ke negara jiran tengah hari semalam.

Panglima 6 Briged Brig Jen Abdul Aziz Ismail berkata, pihaknya menyesyaki sesuatu setelah melihat dua lelaki sedang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan berhampiran Pos Sahara, di sini.

Tambahnya,  tujuh anggotanya kemudian cuba menahan motosikal tersebut, namun mereka melarikan diri meninggalkan motosikal masing-masing.

“Kedua-dua lelaki itu membawa beberapa guni berisi daun ketum yang diikat pada bahagian belakang motosikal masing-masing dan ketika anggota kita cuba menghampiri, mereka melarikan diri dan meninggalkan guni ketum tersebut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya, pemeriksaan lanjut pada setiap guni itu menemui sejumlah bungkusan daun ketum yang diikat rapi dengan plastik di dalam guni itu. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com