AS Hantar Tentera Ke Asia Timur


WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT . Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) sedang mempertimbangkan rancangan untuk menghantar ribuan anggota bersenjata dari Unit Ekspedisi Marin (MEU) negara itu ke Asia Timur.

Penghantaran itu sebagai sebahagian usaha menempatkan semula pasukan tenteranya dari Timur Tengah ke Pasifik sekali gus mengekang pengaruh China yang semakin meningkat di rantau tersebut.

Cadangan itu antara langkah awal Washington  meningkatkan kehadiran ketenteraannya di rantau berkenaan sejajar dengan pengumuman pentadbiran Presiden Donald Trump, mengenai Strategi Pertahanan Negara (NDS) pada Januari.

Selain itu AS percaya, kehadiran MEU di Asia Timur dapat memujuk negara-negara Pasifik berdiri dibelakangnya berbanding China.

MEU terdiri daripada hampir 2,200 anggota marin yang dilengkapi aset amfibia, pesawat, kereta kebal dan senjata berat. 

Sumber: Press TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com