Api Misteri Di Pusat Pemulihan Dadah Cetus Tanda Tanya


BUKIT BERUNTUNG - "Api misteri ini muncul tiba-tiba dan membakar kediaman penghuni. Biasanya hanya disedari sebaik penghuni terhidu bau hangit."

Demikian kata pengurus Rumah Teduhan Kasih dekat sini, Mohd AUDI Azlie Mat Tahar, 39, yang pelik dengan kejadian misteri dialami sejak tujuh hari lalu.

Mohd Audi berkata, kebakaran yang terjadi tanpa punca itu memusnahkan pelbagai barangan kegunaan harian penghuni di dua unit kediaman teres dua tingkat di kawasan perumahan Jalan Kelab Golf Bukit Beruntung di sini.


"Malah saya tambah pelik apabila kunci van, kunci motosikal, telefon bimbit, selipar dan kopiah penghuni turut hilang.

"Malah, kejadian yang dipercayai berpunca daripada gangguan makhluk halus itu turut memberi petunjuk ganjil dan menimbulkan tanda tanya," katanya.

Mohd Audi berkata, kejadian aneh itu bermula pada pagi 28 Januari lalu apabila almari pakaian milik seorang daripada 37 penghuni pusat pemulihan dadah itu terbakar dari bahagian dalam.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com