Apabila Media Sosial 'Menguasai' Tidur


SENTIASA berada dalam keadaan muram, pilu dan sedih, hilang minat untuk melakukan sebarang kerja atau aktiviti, sukar tidur atau terlebih tidur, sentiasa berasa penat dan lemah, hilang selera makan dan sukar memberi tumpuan. Ada pula yang timbul tabiat makan yang berlebihan dan terdetik di hati berasakan bahawa mungkin dunia ini lebih baik atau tiada beza sekalipun sama ada kita terus hidup ataupun mati.

Mungkin ia suatu perasaan melankoli bermusim yang melanda apabila tibanya hujan monsun, dengan pandangan titisan gerimis di cermin kereta berlangitkan awan kelabu, perasaan sayu ini digandingkan pula dengan lagu berbait kata patah hati, kecewa dan muram durja mungkin membuatkan kita berasa hiba sedikit di dalam hati.

Namun, di sebalik simptom ini, mungkin ada satu penyakit amat serius, lebih daripada perasaan sedih dan sendu yang datang dari cuaca ataupun lagu sayu, mungkin sebenarnya diri kita ini sedang dilanda kemurungan.

Kemurungan satu masalah mental yang memberi kesan amat negatif ke atas tingkah laku, perasaan dan pemikiran satu-satu individu. Ia satu masalah mental biasa berlaku dalam kalangan orang dewasa. Berdasarkan kajian Persatuan Pengamal Psikiatri Amerika Syarikat, dianggarkan satu dalam 15 orang dewasa mengalami kemurungan setiap tahun.

Masalah kemurungan ini berbeza dari persepsi masyarakat kerana sebenarnya satu perkara yang boleh diubati. Ia bukanlah satu penyakit terminal yang tiada penawar. Namun, konotasi negatif dan stigma masyarakat yang membuatkan ramai yang mengalami kemurungan ini, lebih suka berdiam diri dan tidak meminta bantuan membuatkan ia bercambah kepada gejala semakin serius.

Wanita dikatakan lebih terdedah kepada kemurungan berbanding lelaki akibat perubahan hormon badan yang jauh lebih ketara. Kemurungan pasca kehamilan, akil baligh dan menopaus, iaitu berlakunya ketidakseimbangan dan perubahan hormon dalam tubuh seseorang wanita itu menyebabkan pendedahan kepada kemurungan lebih ketara berbanding lelaki. Ini tidak lagi termasuk tragedi sewaktu proses perubahan hormon dalam badan yang menjadi pemangkin kepada kesedihan.

Walaupun dibuktikan secara saintifik kemurungan itu berkait rapat dengan perubahan hormon dalam badan, ia bukanlah penyebab tunggal kepada kemurungan. Kita juga perlu mengambil kira faktor lain yang memberi kesan kepada mental dan jiwa seseorang wanita itu.

Pengurusan stres memainkan peranan penting dalam memastikan wanita itu tidak dilanda kemurungan, tidak seperti zaman dahulu, wanita kini jauh lebih terdedah kepada tekanan kehidupan. Mana tidaknya. Wanita sekarang perlu memainkan peranan menjangkau jauh dari ketetapan tradisi masyarakat.

Wanita bukan sahaja masih perlu memainkan peranan tradisi sebagai seorang isteri, ibu dan pengurus rumah tangga. Kini, mereka juga perlu memikul tanggungjawab bersama dalam mencari rezeki membantu perbelanjaan isi rumah. Bayangkan tekanan kerja digandingkan pula dengan masalah dan cabaran di rumah dalam menguruskan hal ehwal anak serta perhubungan dengan suami, sudah pasti wanita itu terdedah dengan keadaan stres yang tinggi berbanding generasi sebelumnya.

Bantu pasangan tangani stres

Di sinilah peranan suami itu amat penting dalam membantu pasangannya menangani stres, seterusnya mengelak berlaku kemurungan dengan berkongsi tugasan atau membantu dalam pengurusan rumah tangga.

Bayangkan betapa sukar dan tinggi tekanan seseorang ibu tunggal itu dalam menghadapi stres yang datang dari kehidupan seharian. Mungkin sebab itulah mereka yang sering berjaya dalam bidang perniagaan kerana bak kata peribahasa Inggeris; daripada tekanan yang tinggi itu, terhasillah kilauan berlian.

Saya berasakan wujud stigma dalam kalangan masyarakat kita mengenai kemurungan. Secara amnya, kita masih belum mengiktiraf bahawa ia satu perkara yang boleh diubati. Sering kali orang menganggap mereka yang mengalami kemurungan itu terdiri daripada mereka yang hanya mahu mencari publisiti atau mengharapkan simpati dan perhatian.

Malah, ada pula dengan mudahnya mencerca mereka yang sedang mengalami kemurungan itu sebagai golongan manja, mereka yang mempunyai keperibadian buruk atau sekadar insan yang emosional. Ini membuatkan ramai wanita merahsiakan kemurungan mereka. Ada pula yang sampai jatuh ke tahap penafian kerana mereka enggan menerima hakikat bahawa mereka sedang menghadapi kemurungan.

Tertekan dengan kehidupan

Akibat tekanan kehidupan zaman moden ini yang digandingkan lagi dengan stigma masyarakat, membuatkan ramai wanita gagal dalam mengatasi kemurungan. Ada yang menerimanya sebagai sebahagian daripada takdir dan nasib kehidupan dan ada pula cuba mengatasi kemurungan itu dengan dos kebahagiaan segera yang berbentuk sementara.

Dos kebahagiaan segera ini perkara yang kita lakukan atau yang kita ambil untuk mendapatkan keseronokan singkat yang membantu otak kita untuk melepaskan hormon dopamine, membuatkan kita gembira.

Perkara seperti pengambilan alkohol, makanan manis, hubungan seks segera, pengambilan dadah dan bermacam-macam perkara lagi. Ia bukanlah penyelesaian betul kerana akhirnya kita akan kembali murung apabila kesan kegembiraan dopamine itu mula pudar.

Sudah tiba masanya kita melihat dengan teliti dan berbicara secara terbuka lagi serius akan isu kesihatan mental. Saya bukanlah mengatakan bahawa wanita zaman sekarang ini ramai yang gila. Tidak! Tetapi ramai yang menghadapi tekanan akibat cabaran kehidupan zaman moden, namun pada masa sama dikongkong oleh takrifan dan sempadan ditetapkan oleh tradisi masyarakat dulu kala.

Kemurungan itu bukanlah petanda mental seseorang itu lemah, ia juga bukanlah petaTeringat zaman kanak-kanak kira-kira 40 tahun dahulu, emak akan padamkan api pelita seawal 8 malam supaya kami mendapat tidur yang mencukupi sebelum ke sekolah.

Pada umur remaja pula, ayah akan berleter kerana kami biasanya 'mencuri' waktu tidur untuk menonton televisyen siri peperangan, Combat atau siri penyiasatan Hawaii Five-O yang waktu tayangannya tengah malam.

Jelaslah, kaitan tidur dengan kehidupan harian amat penting. Tidur adalah komponen yang menentukan tahap kesihatan fizikal dan mental seseorang.

Namun, satu kajian dari Kanada minggu ini mendedahkan, tempoh tidur kanak-kanak didapati semakin merosot akibat ledakan teknologi maklumat. Mengikut kajian jurnal kesihatan Acta Paediatrica, penggunaan media sosial yang berlebihan telah mengurangkan waktu tidur kanak-kanak.

Penyelidikan terbaharu ke atas 5,242 pelajar di Ontario itu mendapati, 63.6 peratus daripada mereka yang berusia 11 hingga 20 tahun tidur kurang daripada tempoh yang disarankan, manakala 73.4 peratus melaporkan bahawa mereka menggunakan media sosial sekurang-kurangnya sejam sehari. Daripada jumlah itu, hanya 36.4 peratus saja tidur pada tempoh mencukupi.

(Untuk rekod, tempoh tidur yang disyorkan kesihatan ialah 11 hingga 12 jam sehari untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 5 tahun, remaja (9-10 jam), manakala dewasa termasuk golongan tua (7-8 jam).

Justeru, kesan media sosial ke atas kesihatan akibat kekurangan tidur seperti hasil kajian berkenaan amat menarik untuk diperbincangkan, termasuk di negara ini. Penggunaan internet dan pengaruh media sosial ke atas penduduk Malaysia dari setahun ke setahun menunjukkan corak dan data yang meningkat.

Laporan The Digital News Report 2017 menunjukkan Malaysia mencatatkan penggunaan aplikasi WhatsApp terbanyak di dunia iaitu 51 peratus. Media sosial lain yang popular di Malaysia ialah Facebook iaitu 58 peratus pengguna, YouTube (26 peratus) dan masing-masing 13 peratus bagi WeChat dan Instagram.

Malah, Kajian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada 2016 mendedahkan, purata belia di negara mempunyai empat akaun media sosial. Mereka juga menghabiskan sekurang-kurangnya empat jam sehari melayari media sosial, lebih tinggi berbanding trend masyarakat dunia iaitu dua jam sehari.

Bayangkan 'dunia' kanak-kanak dan golongan belia yang kini terlalu sibuk dan berkecamuk dengan media sosial dan melayari internet. Kita amat bimbang sekiranya ini tidak dikawal boleh menjadi wabak sehingga menghasilkan generasi lesu dalam menjalani hidupan harian, sebaliknya mereka 'aktif' di alam maya.

Tidak hairanlah kedengaran rungutan anak-anak, malah antara kita juga sendiri lebih asyik dengan telefon pintar ketika di meja makan. Anak remaja lebih gemar bersendirian di dalam bilik daripada berinteraksi bersama keluarga, malah ada yang tidak keluar rumah seharian kerana lebih selesa bertemu rakan-rakan di rangkaian sembang sosial.

Keadaan ini tentunya merunsingkan ramai pihak seperti ibu bapa, suami, isteri dan majikan. Tumpuan dan produktiviti kerja pasti menurun kerana banyak masa dibazir pada media sosial. Prestasi pelajaran merosot dan persoalannya mahukah kita melahirkan manusia 'avatar' dan 'predator' kelak?

Namun bagi pengguna media sosial, bagi mereka masa berkenaan tidak sia-sia. Apa yang digeruni, tiada had dan sempadan untuk mereka berkongsi teks, gambar, video, maklumat peribadi, gosip, serta pelbagai permainan interaktif yang mengasyikkan.

Justeru, dalam menyerap gaya hidup berteraskan digital, pengguna sepatutnya dididik untuk lebih beretika dan bertanggungjawab.

Kepada ibu bapa, tidak salah rasanya sekiranya kita pantau apa gajet atau aplikasi digunakan anak-anak. Sentuhan emosi, psikologi dan kebijaksanaan amat memainkan peranan anda kepada kegilaan atau sumpahan keturunan yang boleh diubati dengan jampi serapah bomoh dan pawang.

Kemurungan petanda bahawa seseorang wanita itu menghadapi cabaran kehidupan terlalu lama. Ia peringatan kepada insan di sekelilingnya bahawa wanita itu terlalu banyak berkorban, berusaha dan mengalah, sudah tiba masanya untuk dia dibantu dan disokong. Buat wanita yang mungkin mengalami kemurungan, usahlah malu atau menafikan perkara ini.

Langkah pertama dalam memulihkan diri kita dari kemurungan ialah untuk menerima hakikat bahawa ada masa dan waktu, kita memerlukan bantuan dalam menghadapi cabaran kehidupan. Bangkitlah dan dekatilah mereka yang boleh membawa kita kepada jalan kebahagiaan dan kejayaan. Insya-Allah ada sinar harapan di hujung terowong nanti.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com