Akta Mampu Elak Rakyat Dimomok Berita Palsu: Mahdzir


ALOR SETAR - Penggubalan akta untuk mengekang berita palsu perlu untuk memastikan rakyat tidak terus dimomokkan dengan berita palsu,  bohong dan fitnah.

Menurut Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid mendakwa berita palsu, bohong dan fitnah antara elemen yang sering digunakan parti pembangkang untuk memberi persepsi negatif terhadap kerajaan.

“Berita seumpama itu dijadikan 'talian hayat' oleh pembangkang untuk mendapatkan kepercayaan rakyat selepas berdepan masalah dalaman parti ketika ini,.

“Kita sokong sebarang usaha perundangan yang boleh menyekat kumpulan yang suka berbohong dengan menggunakan fakta yang salah," katanya kepada pemberita pada Majlis Kesyukuran Pemimpin Bersama Warga Felda di Felda Bukit Tangga,  di sini, Ahad.

Pada 30 Januari lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan telah membentuk satu jawatankuasa khas bagi mengkaji undang-undang baharu untuk membendung berita palsu di negara ini.

Memetik Bernama, Azalina berkata, kerajaan berharap undang-undang baharu itu boleh dibawa ke Parlimen pada sesi yang akan datang.

Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap percaya rakyat mampu menilai kerana ada pemimpin pembangkang yang telah diambil tindakan undang-undang kerana menyebarkan berita tidak betul. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com