Akhirnya Muhyiddin Mengaku Tandatangan Lulus NFC


ALOR SETAR - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya mengaku beliau merupakan menteri yang bertanggungjawab menandatangani kelulusan projek National Feedlot Corporation (NFC) yang mencetus kontroversi sebelum ini.

Meskipun begitu, Muhyiddin yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Pertanian memberi alasan bahawa keputusan beliau meluluskan projek berkenaan adalah disebabkan

"Saya akui projek itu mula ditaja waktu saya menjadi Menteri Pertanian.

"Kerana kehendak pimpinan waktu itu, Dato' Seri (Tun) Abdullah (Ahmad Badawi) supaya kita meningkatkan hasil pengeluaran bahan-bahan makanan negara," katanya, sekaligus cuba "menyelamatkan dirinya" daripada terpalit dengan isu berkenaan.

Menurut Muhyiddin, "feedlot system" itu terbukti telah berjaya meningkatkan produk makanan di beberapa negara.

Isu NFC mencetus kontroversi apabila menerima pinjaman mudah sebanyak RM250 juta dan tanah seluas 5000 ekar di Negeri Sembilan daripada Kementerian Pertanian, di bawah tanggungjawab Muhyiddin.

Kontroversi itu menimbulkan persoalan hangat apabila kementerian berkenaan memberi pinjaman mudah lumayan berkenaan kepada syarikat yang dimiliki keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika itu, Dato' Seri Shahrizat Jalil.

Difahamkan bahawa Pengerusi Eksekutif NFC ialah Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail yang merupakan suami kepada Shahrizat dan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) adalah anak beliau, Wan Izran Mohamad Salleh.

Keputusan Muhyiddin ketika itu telah menjadi bahan politik mencemuh kerajaan, bersabit dakwaan mencetus "conflict of interest" sehingga menyebabkan Shahrizat digugurkan daripada senarai menteri kabinet.

Desas-desus mendakwa tiada siapa yang berani mempersoal kelulusan berkenaan ekoran kedudukan Muhyiddin yang kemudiannya naik menjadi Timbalan Perdana Menteri, namun pihak pembangkang agak aktif terus mempersoal projek tersebut.

Walau bagaimanapun, turut difahamkan tiada siapa di kalangan pemimpin pembangkang yang bersuara mempertikai mengenai isu kelulusan projek berkenaan sejak Muhyiddin bersekutu dengan Pakatan Harapan. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com