Ais Jatuh Dari `Langit’, Tukang Cuci Hampir Maut


NYARIS maut. Seorang tukang cuci jalan hampir maut selepas ketulan ais jatuh lari langit, di jalan Kew Gardens Station di barat London. Nasib baik lelaki itu, Serhiy Myeshkov mengelak ketulan seberat 20kg itu.

Ketulan ais itu dipercayai dari kapal terbang memandangkan jalan raya di mana Serhiy bekerja merupakan laluan utama pesawat.

Dalam pada itu, seorang pemandu, Amir Khan memberitahu Evening Standard, kejadian itu umpama permulaan cerita `The Day After Tomorrow’.

“Bunyinya amat kuat, seperti ditimpa meteor. Tukang cuci itu menjadi bingung dan ketakutan. Semua orang berlari untuk melihat apa yang berlaku,’’ katanya.

Manakala seorang pejalan kaki, Vipin Chopra pula berkata, bunyi ketulan air itu umpama letupan kuat.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Penerbangan Awan UK berkata, walaupun ais selalu jatuh dari pesawat namun kejadian itu juga mungkin berlaku akibat fenomena cuaca.

“Kami menerima 20 laporan mengenai ais jatuh ke bumi pada tahun lepas tetapi kita tidak dapat memastikan berapa banyak insiden itu berlaku akibat ais yang jatuh dari pesawat,’’ katanya.

Ais yang jatuh dari pesawat boleh datang dari kebocoran atau dari ais yang terbentuk di luar pesawat di udara yang sejuk pada ketinggian tinggi.  - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com