AirAsia Tawar Tambang Rendah Tahun Baru Cina


KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, menawarkan tambang sehala sehingga serendah RM9 dan RM199 masing-masing bagi destinasi domestik dan antarabangsa sempena perayaan Tahun Baru Cina.

AirAsia, dalam satu kenyataan berkata, tambang berharga RM9 itu merangkumi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu, Pulau Pinang dan Kuala Terengganu atau dengan tambang sehala bermula RM99 dari Kuala Lumpur ke Lombok, Bali, Davao, Chiang Mai, Ho Chi Minh City dan banyak lagi.

Syarikat penerbangan itu berkata, promosi itu juga diperluaskan ke destinasi jarak jauh dengan tambang sehala sehingga serendah RM199 dari Kuala Lumpur ke Macau, Kunming, Shantou, Shanghai, Hangzhou, Sapporo dan Taipei.

Ketua Komersialnya, Spencer Lee, berkata syarikat penerbangan itu telah mencapai kejayaan besar bagi memastikan perjalanan yang mampu milik kepada setiap orang sejak 2001.

"Kami juga memajukan rangkaian kami dengan lebih meluas, meningkatkan hubungan domestik serta antarabangsa. Justeru, kami berharap setiap orang akan merebut peluang keemasan ini untuk menempah percutian mereka dengan kami," katanya.

AirAsia berkata, promosi itu sah dengan tempahan bermula sekarang sehingga 4 Februari 2018, bagi perjalanan untuk tempoh antara 1 Ogos 2018 hingga 31 Januari 2019.- BERNAMA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com