8 Beranak Di Baling Tinggal Dalam Rumah Usang Mohon Bantuan


ALOR SETAR - Lapan beranak terpaksa berteduh di sebuah rumah usang peninggalan orang tua kerana tidak mampu membina tempat tinggal lebih selesa akibat kesempitan hidup.

Akibatnya, mereka sekeluarga terpaksa tinggal di rumah daif di Kampung Banggol Berangan, Parit Panjang, Baling itu dengan hampir keseluruhan bumbung bocor.

Menurut Siti Aminah Mohamad Ghazali, 39, tinggal di rumah itu bersama suami Mohamad Zain Wahab, 41, dan enam anak mereka.

Jelas Siti Aminah, mereka sekeluarga tinggal di rumah peninggalan arwah sejak 15 tahun.

Kata Siti Aminah, suaminya hanya bekerja sebagai tukang kebun di Sekolah Kebangsaan (SK) Tembak manakala dia seorang suri rumah.

“Saya tidak dapat membantu suami untuk menambah pendapatan keluarga kerana mengurus makan minum di rumah dan anak bersekolah dan masih kecil.

“Suami bekerja sekadar cukup untuk berbelanja dapur dan persekolahan anak malah pernah kami mengikat perut demi anak yang bersekolah kerana bimbang mereka tercicir dalam pelajaran,” katanya memetik MyMetro.

“Saya sedih setiap kali hujan lebat kerana bumbung rumah kami bocor di segenap penjuru,” ujarnya.

Tambah Siti Aminah, dia juga berharap ada sinar masa depan dan ada pihak tampil membantu membaik pulih rumahnya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com