6.1 Juta Tonton AJL32


KUALA LUMPUR – Lebih 6.1 juta penonton telah di Jampi oleh Hael Husaini pada Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) yang telah berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam Ahad  lalu.

AJL 32 telah berjaya mendominasi separuh penonton dengan 56.3 peratus pasaran mengatasi pelbagai program menarik yang turut bersiaran pada masa dan waktu yang sama di stesen televisyen lain dengan jumlah tontonan puncak sebanyak 4.2 juta adalah bagi lagu Jampi iaitu juara AJL32.

Media Prima dalam satu kenyataan berkara, platform penstriman video pertama dan nombor satu di Malaysia, tonton yang menyiarkan acara gilang gemilang AJL32 secara langsung dan berdefinisi tinggi (HD) turut mencatatkan peningkatan dua kali ganda berbanding tahun lepas.

Jelasnya, tonton berjaya apabila menarik 350,000 pelawat (peningkatan unjuran lebih dari 121 peratus) berbanding 2017 dicatatkan menonton menerusi portal video rasmi tonton (www.tonton.com.my), tonton Facebook (Live), serta aplikasi tontonmy di tablet dan telefon bimbit (android/iOS).

“Tonton menyiarkan siaran langsung AJL 32 bermula dengan acara Karpet Merah Pop TV, jam 8.30 malam selain turut mengisi kandungan istimewa `tonton Backstage Live’ serta 4 kapsul semasa tayangan slot iklan bersama hos Zulin Aziz istimewa buat pelanggan VIP tonton.

“Buat julung kalinya tonton mengambil inisiatif menganjurkan acara pasca parti `After Party Rated Xtra’ yang berjaya menarik hampir 73,000 penonton menerusi laman Facebook @tontonmy yang disiarkan bermula pukul 12 tengah malam, selama satu jam.

“Acara Karpet Merah dan tontonan 15 minit pertama AJL 32 di laman Facebook yang sama turut berjaya menarik tontonan hampir 80,000 penonton. Satu kejutan bagi portal terbaharu xtra.com.my apabila berjaya mencatatkan 160,000 tontonan video di laman Facebook tonton Xtra Viral. Paparan halaman pula menghampiri 200,000 unit di laman xtra.com.my manakala bilangan pelawat unik mencecah 110,000 pengunjung,” katanya kenyataan itu.

Selain itu, AJ 32 turut trending nombor 1 di Malaysia dan di seluruh dunia dan mengikut statistik atas talian (online), #AJL32 telah digunakan sebanyak 3.5 juta di laman sosial itu Facebook, Instagram & Twitter sepanjang tiga jam AJL 32 bersiaran langsung.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak, pihaknya amat berbangga dengan peningkatan jumlah tontonan pada tahun ini serta pujian yang diterima dengan reka bentuk pentas AJL 32 yang kelihatan gah, pemilihan persembahan dan artis selingan bertepatan dengan tema fesyen dan muzik

Begitu juga katanya, gandingan pengacara yang berjaya mengawal suasana dengan baik sekaligus memberi tanda aras baru yang memberi impak bagi penganjuran AJL, AJL 32 adalah di antara yang terbaik pernah dianjurkan.

“Tidak dapat dinafikan juga, barisan finalis pada tahun ini dengan gabungan penyanyi lama dan baru ini menjadi daya penarik terbesar yang menambahkan lagi peningkatan jumlah tontonan tidak hanya di kaca televisyan malahan melalui platform digital juga telah naik lebih 100% memberi tanggapan lagu-lagu mereka ini menepati citarasa masyarakat kini,” katanya.

“Sudah tentu, AJL32 tidak akan berjaya direalisasikan tanpa Nivea dan Samsung yang sudi menaja kami. Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga kerja khususnya krew penerbitan AJL32 yang telah berhempas pulas bagi menjayakan acara muzik no. 1 di Malaysia ini.” ujarnya lagi.

Sementara itu, persembahan 12 finalis AJL32 telah diadili oleh 10 juri professional yang diketuai oleh Azmeer, Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Wah Idris, Datuk Ramli Sarip, Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah), Helen Yap, Sharon Paul, Lokman Uzir (Lok U), Edrie Hashim dan Aizat Amdan. 

Sumber – MalaysiaGazette

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com