36 Maut Bas Terjunam Dalam Sungai


KOLKATA: Sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh di Bengal apabila sebuah bas dengan 55 penumpang terjunam ke sungai awal pagi kelmarin.

Bas yang dimiliki syarikat pengangkutan negara itu jatuh 30 kaki ke dalam Sungai Bhairav dari jambatan selepas pemandu hilang kawalan.

Menteri Pengangkutan Bengal Barat Suvendu Adhikari berkata, mayat-mayat itu ditemui selepas enam jam operasi menyelamat.

Kerajaan Bengal Barat telah melancarkan siasatan ke atas insiden tersebut dan mengumumkan pampasan sebanyak 500,000 rupee (AS$7,865) untuk setiap keluarga mangsa. 

Sumber – MalaysiaGazette

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com