206 Syarikat Dunia Terlibat Bina Penempatan Haram Israel


GENEVA  - Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) setakat ini telah mengenal pasti sebanyak 206 syarikat yang mempunyai perniagaan membabitkan penempatan haram Israel di Tebing Barat.

Pejabat UNHRC memaklumkan, sebanyak 143 syarikat beroperasi di Israel atau di kawasan penempatan itu dan sebanyak 22 lagi terletak di Amerika Syarikat (AS) manakala selebihnya terletak di 19 negara lain.

UNHRC menegaskan hubungan perniagaan itu menyebabkan pencabulan hak penduduk Palestin semakin `merebak dan musnah’.

Laporan tersebut bagaimanapun tidak menyebut nama syarikat terbabit namun 64 daripadanya telah dihubungi. - Reuters

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com