Zainal Abidin Dilantik Ketua Polis Kedah Baharu


ALOR SETAR - Bekas Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Datuk Zainal Abidin Kasim telah dilantik sebagai Ketua Polis Kedah baharu berkuatkuasa semalam.

Zainal Abidin menggantikan Datuk Asri Yusoff yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas telah berlangsung di Dewan Tan Sri Khalid di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah sambil disaksikan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Zulkifli Abdullah.

Zainal yang berasal dari Ulu Kinta, Perak turut disambut dalam Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) negeri, Datin Bedah Dollah kepada Profesor Madya Datin Roseleena Mohamed Noor.

Terdahulu, Zulkifli melakukan Pemeriksaan Kawalan Kehormatan sempena Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kedah di sini. - Kedahnews.com



No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com