Wanita Terkejut Kekasih Tinggal Sebumbung Selama 6 Bulan Sama Jantina


Bak pesan orang-orang tua, kalau mahu mengenali seseorang itu, lagi-lagi kalau ingin dijadikan sebagai teman hidup, haruslah mengenali luar dan dalam. 

Jangan jadi seperti seorang wanita malang ini, bercinta bagai nak rak rupa-rupanya kekasih sama jantina.

Wang Qi, wanita berusia 40 tahun dari Wilayah Zhejiang telah berjumpa dengan seorang lelaki bernama Qian pada tahun 2016. Pada mulanya wanita itu tidak berminat untuk berkenalan kerana memikirkan dia jauh lebih muda dari lelaki itu dan statusnya sebagai ibu tunggal.

Berkenalan di atas talian, Qian tetap gigih untuk meneruskan hubungan tersebut lalu mereka tinggal bersama-sama tidak lama selepas itu. Semenjak lebih dari setahun menjalinkan perhubungan, Qian tiba-tiba hilang tanpa khabar berita.

Wang terdesak dan berusaha mencari jawapan kemana hilangnya lelaki itu lagi-lagi setelah dia membelanjakan sebanyak 300,000 Yuan sepanjang bersama kekasihnya. Selepas mencari di merata tempat, dia sangat terkejut apabila menemui kad pengenalan teman lelaki dia itu rupa-rupannya seorang perempuan.

Walaupun pernah tinggal dan tidur bersama, Wang berkata dia tidak pernah mengadakan hubungan seksual sepanjang perhubungan mereka berdua. Kini dia menyesal apa yang telah berlaku.

Buat yang tengah bercinta tu, rajin-rajinlah selidik latar belakang pasangan anda.

Sumber: Taikotai.tv

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com