Wanita Ini Sanggup Jual Anak Beli Tiket Kapal Terbang


SAINT PETERSBURG – Mahkamah Russia menjatuhkan hukuman penjara empat tahun ke atas seorang wanita Uzbekistan selepas dia menjual bayinya yang baru lahir pada harga 166 euro (RM795) untuk membeli tiket kapal terbang.

Wanita berusia 28 tahun itu mengadakan perjanjian dengan pasangan yang juga dari Uzbekistan untuk membeli bayinya sebelum dia dilahirkan pada Oktober 2016.

Pemindahan selesai pada Oktober dan wanita berkenaan membeli tiket kapal terbang ke destinasi di Asia Tengah tidak lama kemudian, menurut jurucakap mahkamah di St Petersburg.

Kedua-dua pembeli juga dijatuhkan hukuman tiga tahun penjara. 

Sumber – AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com