Wanita Ini Mandi Sekali Dalam Setahun, Suami Minta Cerai


TAIPE – Kebersihan pribadi adalah hal yang sangat penting. Beberapa daripada kita akan mandi sekurang-kurangnya sekali sehari.

Tetapi wanita dari Taiwan ni dikatakan hanya mandi sekurang-kurangnya setahun sekali.

Dilaporkan dari Taipe Times, Mahkamah Daerah Kota Baru Taipei memfailkan perceraian yang diajukan suaminya kerana terlalu lama menderita.

Suami Lin mengatakan bahawa dia telah mengalami penyeksaan psikologi kerana tabiat buruk isterinya.

Bukan sahaja mandi sekurang-kurangnya sekali setahun, tetapi dia juga tidak mengosok gigi atau mencuci rambutnya dengan kerap.

Awalnya Lin tidak seburuk itu, ketika mereka bercinta dia mandi seminggu sekali.

Namun setelah berkahwin, tingkah lakunya bertambah buruk lagi, dia hanya akan mandi pada tahun baru, dan apabila mandi mengambil masa 3 jam di bilik mandi.

Lin lebih suka mengunyah gula-gula getah untuk menutup bau mulutnya, dia juga lebih suka memakai topi untuk menutup rambutnya yang berminyak .

Tabiat Lin membuat suaminya tidak dapat bertahan, bahkan untuk melakukan hubungan seks sekali setahun.

Mereka juga tidak mempunyai anak selepas 13 tahun berkahwin.

Lin dan suaminya tidak mempunyai perkejaan dan menumpang pada ibu Lin, semua keperluan keluarga ditanggung oleh ibunya.

Suami Lin akhirnya mencari pekerjaan kerana tidak ingin membebankan mertuanya, akhirnya dia mendapat pekerjaan sebagai pengawal keselamatan bangunan.

Namun Lin justru memintanya berhenti kerana pekerjaan tersebut dinilai merendahkan dirinya.

Suaminya menolak permintaan Lin dan memilih untuk memfailkan saman perceraian dengan isterinya.

Setelah berpisah dua tahun sebelumnya, akhirnya mahkamah mengabulkan permintaan cerai tersebut.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com