Wanita, "Boyfriend" Lari Takut Ditahan AADK Sungai Petani, Sanggup Tinggal Anak


ALOR SETAR – Gara-gara takut ditahan oleh pihak penguatkuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam Operasi Cegah Siri 4 dijalankan di Taman Seri Impian, Sungai Petani.

Seorang wanita bukan sahaja lari bersama teman lelakinya, malah dia yang juga merupakan seorang ibu tergamak meninggalkan anaknya demi menyelamatkan diri sendiri dan pasangannya.

Pegawai AADK Kuala Muda, Shamshuri Yusoff berkata, ibu tunggal itu berusia 30-an dan turut mempunyai seorang lagi anak berusia tiga tahun, ketika ditahan dia sedang mendukung anaknya sebelum melarikan diri dengan menaiki kereta yang dipandu teman lelaki.

Tambah Shamshuri, kereta yang dinaiki  pasangan itu turut cuba melanggar anggota penguatkuasa yang menggunakan motosikal hanya kerana terlalu takut ditahan penguatkusa ketika dalam cubaan melarikan diri keluar dari kawasan perumahan terbabit.

“Ketika serbuan kita dapati anak lelakinya berusia 10 tahun sedang tidur dalam rumah terbabit yang kita percaya menjadi port hisap dadah," katanya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com