Wanita Arab Saudi Dibenar Ke Stadium Tengok Bola


MULAI Jumaat ini, wanita Arab Saudi dibenar ke stadium bagi menyaksikan perlawanan bola sepak buat pertama kami dalam sejarah negara itu.

Menurut kenyataan Kementerian Maklumat Arab Saudi, pada 12 Januari ini, mereka akan menyaksikan perlawanan pertama antara kumpulan Al-Ahli dan Al-Batin.

Wanita juga dibenar menyaksikan perlawanan kedua pada hari berikutnya dan yang ketiga pada 18 Januari.

Kebenaran untuk wanita ke stadium itu dianggap menyeluruh kerana perlawanan pertama di adakan di Riyadh, kedua di Jeddah dan ketiga di Dammam.

Selepas sekian lama pelbagai larangan dikenakan terhadap wanita Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammed bin Salman melonggarkan sekatan itu, termasuk membenarkan wanita memandu kenderaan mulai Jun ini.

Undang-undang Arab Saudi membenarkan ahli keluarga lelaki – biasanya bapa, suami atau adik beradik lelaki perlu memberi kebenaran kepada wanita untuk belajar, mengembara dan aktiviti lain.

September lalu, ratusan wanita dibenar memasuki stadium di Riyadh yang biasanya digunakan untuk perlawanan bola sepak buat pertama kali, ketika sambutan Hari Kebangsaan Arab Saudi.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com