Wan Azizah Sindir PPBM Negeri Sembilan


KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memuat naik ucapan tahniah kepada Pakatan Harapan Negeri Sembilan di Facebook.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Pakatan Harapan Negeri Sembilan kerana mendakwa kononnya telah berjaya membahagikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan cemerlang semalam.

“Kini fokus untuk tawan Putrajaya,” dakwa isteri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Kenyataan Wan Azizah itu namun satu tamparan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Sembilan yang membantah pembahagian kerusi DUN antara parti pembangkang di negeri itu.

Bantahan keras mereka menyebabkan berlaku kekecohan besar sewaktu Konvensyen Pakatan Harapan di Negeri Sembilan berlangsung di Seremban semalam.

Protes itu dibuat pada penghujung ucapan Wan Azizah menyebabkan pemimpin Pakatan Harapan termasuk Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu bergegas meninggalkan majlis.

PPBM Negeri Sembilan tidak berpuas hati kerana parti itu diperuntukkan kerusi DUN paling sedikit berbanding DAP dan PKR untuk ditandingi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Daripada 36 DUN di Negeri Sembilan, 12 kerusi diperuntukkan kepada PKR, DAP (11), Parti Amanah Negara (tujuh) dan PPBM (enam).

Ketua PPBM Bahagian Jempol Amiruddin Aman yang mengetuai protes itu dengan menyifatkan pembahagian kerusi sebagai tidak adil kerana kawasan yang diperuntukkan kepada partinya semuanya kawasan hitam (sukar menang)

“Pembahagian kerusi tak seimbang. Kami sasar 12 kerusi dan kalau dapat 10 pun okay…tapi yang dapat enam yang hitam,” katanya.

Mereka antara lain menjerit kearah pemimpin Pakatan Harapan dengan perkataan “Boikot”, “Hidup Tun” dan “Tidak Adil” dalam bantahan tersebut. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com