Video 'Hero Penyelamat Kucing Di Tampin' Tular


TAMPIN - Aksi dua lelaki menyelamatkan seekor anak kucing yang terperangkap dalam longkang sedalam kira-kira dua meter di sini, menjadi tular di laman sosial sejak petang Jumaat lalu.

Video bertajuk 'Hero penyelamat kucing di Tampin' itu yang dimuat naik pemilik akaun Facebook dengan nama Muhammad Daud B Ali ke page popular Facebook setempat Den Orang Tampin kira-kira jam 5.08 petang itu mendapat lebih 1,000 like serta turut tular di page lain.

Video berdurasi kira-kira seminit 30 saat itu mendapat komen positif daripada netizen, susulan tindakan seorang lelaki yang sanggup turun menggunakan tangga ke dalam sebuah longkang besar di tepi jalan utama Tampin-Seremban itu.

Menurut sumber, lelaki terbabit dipercayai pekerja di sebuah bengkel memperbaiki kenderaan berhampiran longkang besar berkenaan.

“Mereka terdengar bunyi anak kucing dari dalam longkang besar yang terperangkap dan sebaik ditinjau ke dalam longkang, anak kucing itu tersangkut di celah tumbuhan.

“Salah seorangnya bertindak turun ke dalam longkang dan menyelamatkan anak kucing berkenaan,” katanya, semalam.

Sumber berkata, anak kucing yang kesejukan itu kemudiannya dibawa ke deretan bengkel berdekatan.

Sumber: Sinar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com