Video: Amah Campak Periuk, Kuali Dari Tingkat 2 Flat


RAKAMAN video seorang pembantu rumah warga asing mencampak pelbagai barangan dari sebuah flat di Singapura, tular di media sosial.

Kejadian yang berlaku di flat Ang Mo Kio, Aveneu 9, itu dipercayai dirakam seorang penduduk flat berkanaan sekitar jam 2.15 petang Jumaat, kelmarin.

Menerusi rakaman berdurasi kurang seminit, pembantu rumah berusia 31 tahun itu dilihat mencampak beberapa barangan milik majikannya seperti periuk nasi, cerek, periuk dan kuali serta galah dari tingkat dua bangunan berkenaan.

Turut kedengaran suara perakam yang meminta beberapa penduduk yang lain agar segera menghubungi polis.

Media tempatan difahamkan, tiada sesiapa yang cedera dalam insiden tersebut dan pembantu rumah terbabit telahpun ditahan pihak berkuasa kira-kira jam 2.30 petang.

Bagaimanapun motif tindakan khianat wanita itu masih lagi di dalam siasat.

Sementara itu, netizen di media sosial menyifatkan tindakan wanita berkenaan mungkin berpunca akibat daripada tekanan kerja, termasuk disebabkan sikap majikannya yang terlalu ‘mengarah’. –Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com