Tubuh Gadis OKU Ditemui Busuk Di Hutan, Bedah Siasat Ungkap Fakta Mengerikan!


Keluarga seharusnya menjadi tempat kita merasa selamat,  diberi makan, dicintai dan dilindungi.

Ya, ahli keluarga merupakan orang-orang yang anda cintai dan percayai sebelum mengenal orang lain di masyarakat.

Inilah yang membuat seorang ibu mempercayakan anak perempuannya kepada keluarga terdekatnya.

Lantaran tidak mempunyai wang untuk membesarkan anak tersebut, Carolyn Parsons menyerahkan anak perempuannya kepada abangnya, Sandy Parsons dan isterinya, Casey.

Tetapi, Carolyn mengetahui anaknya, Erica Parsons, tidak hidup lama dan bahagia di bawah jagaan abangnya itu

Erica, yang merupakan anak kurang upaya, hidup dalam trauma sehingga mayatnya ditemui di Chesterfield County, Carolina Selatan, pada bulan Oktober 2016.

Dilaporkan, Erica dilaporkan hilang dari ibu bapa angkatnya pada 2011, tetapi laporan rasmi baru ditayangkan dua tahun kemudian.

Mimpi ngeri keluarga Erica menjadi kenyataan selepas badannya yang membusuk ditemui di tengah-tengah hutan.

Keluarga itu juga mendapati fakta yang dahsyat selepas tubuh Erica dibedah siasat.

Diketahui, gadis kurang upaya tersebut ternyata mengalami trauma, penganiayaan dan sakit kronik.

Terdapat juga tanda-tanda kekurangan makan dan penganiayaan secara fizikal di tubuh Erica.

Beberapa tulang patah juga dijumpai di tubuh gadis berusia 13 tahun tersebut.

“Kerosakan terdapat di hidung, rahang, lengan kanan atas, 9 tulang rusuk dan sejumlah ruas tulang belakang,” demikian catatan bedah siasat seperti dilaporkan Daily Mail.

Erica juga diketahui mengalami penderitaan kerana jangkitan yang tidak dirawat, kegagalan buah pinggang dan keracunan yang mencetuskan kematiannya.

Tidak ada keraguan bahawa keluarga angkat Erica tidak menjaganya dengan baik.

Ibu bapa angkat Erica, Sandy dan Casey Parsons, kini dipenjara kerana menyalahgunakan wang sebanyak RM48,000 dari bantuan kerajaan.

Kedua-duanya akan menghadapi tuduhan jenayah berikutan bukti dari autopsi badan Erica.

Di samping itu, ketika mencari, ibu bapa Erica juga berasa sangsi terhadap tindakan kasar dan kehilangan anaknya.

Ibu bapa kandung Erica juga mendedahkan perilaku abangnya  itu, seperti membengkokan jari Erica dan memberikan makanan anjing kepada Erica.

Sumber: Astro Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com