Trump Tangguh Umum Anguerah Berita Palsu


WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT . Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, merancang untuk menunda pengumuman mengenai penerima "Anugerah Berita Palsu" 2017 sehingga 17 Januari, lapor agensi berita China Xinhua.

"Anugerah itu akan diberikan kepada media arus perdana yang paling tidak berakhlak dan berat sebelah," kata beliau menerusi Twitternya.

Trump sebelum ini dilaporkan sering melabel liputan media terhadap pentadbirannya sebagai "berita palsu," dan menuduh media negara itu menyebarkan berita tidak benar mengenainya semasa kempen pilihan raya presiden dan juga selepas beliau menjadi presiden.

Pada awal Disember, kebanyakan berita utama AS melaporkan, Rumah Putih merancang untuk menukarkan ketua Jabatan Negara kerana dikatakan hubungannya yang kurang baik dengan Trump.

Presiden AS itu, kemudian menafikan berita itu sebaliknya menegaskan kedua-duanya akan bekerja dengan baik.

Pada 11 Disember, Trump menafikan laporan New York Times, yang mengatakan beliau menonton televisyen empat hingga lapan jam setiap hari.

Namun, wakil New York Times, Clifford Levy berkata akhbar itu berdiri teguh dengan berita yang dikeluarkan kerana ia dihasilkan berdasarkan 60 wawancara. - Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com