Tribunal Aduan Pesawah Mungkin Ditubuh Dalam Masa Terdekat


ALOR SETAR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mungkin akan menubuhkan satu tribunal aduan untuk golongan pesawah yang berhadapan masalah kadar pemotongan gred padi terlalu tinggi oleh pengilang hingga menjejaskan pendapatan mereka, dalam masa terdekat.

Menurut Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sehubungan itu, pesawah yang menghadapi masalah itu boleh membuat aduan secara terus kepada tribunal berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tribunal itu nanti akan terdiri daripada antaranya pihak Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) ataupun pesawah yang dilantik PPK, pengilang dan juga kementeriannya dengan berperanan sebagai badan pihak ketiga yang antaranya untuk menilai pemutuan dan pemotongan gred padi.

"Kita akan cari jalan...mungkin kita akan uruskan yang mana berlaku ketidakpuasan hati, akan ada pihak ketiga untuk menilai apakah pemutuan sebenarnya. Jadi ini antara pilihan yang kita boleh lakukan, dan saya akan berbincang dengan semua pihak berkepentingan dan mereka yang terlibat," katanya memetik Bernama.

Berikut adalah kenyataan beliau kepada pemberita selepas program santai bersama peladang muda dan penduduk kampung sekitar Kubang Rotan di Kampung Masjid di Kubang Rotan dekat sini semalam. -Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com