Tindakan Namakan Dr. Mahathir Calon PM Silap Besar, Kata Ezam


Tindakan Pakatan  Harapan menamakan Tun Dr. Mahathir Mohamad  sebagai calon perdana menteri satu keputusan salah dan ke belakang.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor berkata pencalonan  Dr Mahathir sebagai pemimpin utama kerajaanjika mereka menang PH menang dalam PRU14 adalah  satu kesilapan besar.

Bekas perdana menteri itu sepatutnya kekal sebagai negarawan dan bersuara menegur kesalahan yang dibuat oleh kerajaan hari ini, katanya dalamsatu kenyataan.

"Negara perlukan Mahathir sebagai negarawan dan bukan kembali menjadi ahli politik di negara ini. Negara kita ramai negarawan tetapi jarang pula bersuara membela negara dan rakyat seperti Mahathir," ujar Ezam. 

Beliau mempersoalkan tindakan harapan membiarkan perkara tersebut berlaku dan mendakwa ada agenda tersirat kelompok tertentu dalam gabungan pembangkang itu.

"Saya tidak hairan apabila diberitahu ada agenda tersirat kelompok tertentu dalam Harapan meletakkan Mahathir di situ untuk menidakkan tokoh-tokoh muda yang berpotensi mendudukinya. Mereka takut tokoh muda ini jika diberi peluang menjadi kepala perang akan menutup peluang mereka di kemudian hari.

"Sekiranya ini benar, ia satu perbuatan khianat kepada perjuangan rakyat. Harapan tidak ketandusan pemimpin muda seperti  Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Timbalan Presiden Bersatu), Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang  mampu menggalas perjuangan itu," katanya.

Menurutnya, amat malang disaat negara-negara lain memberikan peluang dan menjulang tokoh muda, masih wujud permainan politik sempit sesetengah pihak yang takut kehilangan kuasa.
"Lebih malang, mereka yang takut hilang kuasa ini adalah daripada kalangan yang menggelarkan diri sebagai pejuang rakyat, reformasi dan progresif.

"Sampai bila rakyat negara ini mahu dinafikan hak mereka mengecapi nikmat perjuangan dan merasai reformasi sebenar?" soalnya yang sebelum ini mencadangkan pemimpin lebih muda dipilih untuk terajui negara.

Semasa Kenvensyen Wanita dan Pemuda Harapan Di Kajang baru-baru ini Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq  menempelak pemimpin lama  dalam Pakatan Harapan kerana enggan memberi ruang kepada golongan, sementara pemimpin wanita PH tidak menyetujui Dr. Mahathir dipilih sebagai ketua kerajaan. - Kedahnews.com 

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com