Timbalan Pengarah JPJ Kedah Kemalangan


ALOR SETAR - Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah dan pemandu jabatan itu cedera apabila kenderaan pacuan empat roda mereka terbalik di Kilometer 366.4, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat Slim River, jam 3.50 petang semalam.

Menurut Timbalan Pengarah berkenaan, Jamaludin Sharif, 59, yang cedera pada lutut dan kaki kanan, manakala pemandu pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner, Mohd Sayuti Abdullah, 33, cedera di bahu kanan.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Putrajaya untuk pulang ke Kedah.

Wan Kamarul berkata, kenderaan mangsa hilang kawalan ketika melalui kawasan air bertakung menyebabkannya terbabas ke kiri lebuh raya.

"Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sementara itu, memetik BH Online, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati kedua-dua mangsa sudah dikeluarkan oleh orang awam. -Kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com