Tiga Remaja Perempuan Cedera Jatuh Curam 5 Meter


IPOH - Tiga remaja perempuan cedera setelah jatuh ke dalam kawasan curam sedalam lima meter ketika cuba menyelamatkan seorang rakan mereka yang terjatuh di Jalan Kuala Kangsar di sini hari ini.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 4.57 pagi.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila seorang remaja perempuan terjatuh ke dalam kawasan curam dan dua rakannya cuba menyelamatkan mangsa.

“Setelah melihat mangsa terjatuh, dua rakan mangsa turut terjun untuk menyelamatkan mangsa.

“Anggota bomba terpaksa menggunakan jalan lain untuk ke bawah cerun bagi menyelamatkan mangsa dan mangsa akhirnya berjaya diselamatkan,” katanya.

Menurut, semua mangsa diberikan rawatan awal dan di bawa ke hospital menggunakan ambulans.

Katanya, operasi menyelamat mangsa ditamatkan pada pukul 6.35 pagi.


Sumber: Utusan

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com