Terowong: Guan Eng Tidak Perlu Risau Siasatan SPRM Jika Tidak Terlibat


Ketua Menteri Lim Guan Eng kini dilihat mulai 'gelabah' dengan isu rasuah dan penyelewengan kuasa yang berlaku dalam kerajaan DAP Pulau Pinang.

Selain itu Guan Eng juga  menghadapi tekanan ekoran tentangan penyokong DAP sendiri yang tidak bersetuju dengan pencalonan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri. Pakatan Harapan.

Guan Eng yang juga  Setiausaha Agung DAP akan menghadapi perbicaraan dua tuduhan rasuah pada Mac ini. 

Semalam beliau menyuarakan tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan yang dijalankan ke atas dua individu berpangkat ‘Datuk’ berhubung projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Guan Eng mendakwa tengkapan itu seolah dibuat kerana pilihan raya umum semakin hampir dan berharap tindakan diambil bukan disebabkan oleh penyokong BN berhubung isu tersebut.

Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman turut menempelak Guan Eng berhubung kenyataan beliau yang mempertikaikan tanggungjawab dan tugas rasmi SPRM. 

Sebelum ini pemimpin Pakatan Harapan Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyatakan komitmen untuk menghapuskan rasuah jika mereka diberi peluang untuk memerintah.

Kata Zainal lagi, sepatutnya tidak ada mana-mana pihak termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang  mempersoal tugas hakiki SPRM.

“Biarkan SPRM menjalankan tugas tanpa gangguan dan jangan politikkan siasatan mereka. Dalam  kerajaan negeri perlu memberi kerjasama, tak payahlah setiap kali siasatan itu dibuat, kata ini sebab PRU dan sebagainya, " kata Zainal.

Kelmarin  SPRM menyerbu pejabat beberapa agensi kerajaan dan syarikat swasta di Pulau Pinang yang terbabit dalam projek terowong itu, selain merampas beberapa dokumen bagi membantu siasatan.

Kemungkinan SPRM aan menahan lebih ramai individu bagi membantu siasatan projek terowong dasar laut yang dirancang kerajaan DAP itu berikutan  terdapat keraguan dalam urusan pertukaran tanah melibatkan dua lot tanah yang dinilaikan melampaui harga pasaran.

Difahamkan, dua lot tanah berkenaan dinilaikan pada har­ga RM350 juta iaitu empat kali ganda daripada nilai sebenar

"Rakyat Pulau Pinang perlu diberitahu  perkara sebenar sebab sebelum ini projek itu dikatakan berniai RM6 billion, kata nak buat jalan dulu, dari RM500 juta jadi RM1 bilion sementara Exco kerajaan negeri  memberi angka yang berbeza, " katanya lagi.

Pada 5 Januari lalu, Parti Cinta Malaysia membuat laporan kedua dan menyerahkan bukti baharu berhubung projek itu kepada SPRM di Putrajaya.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer itu yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama, dianugerahkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd yang dijadualkan bermula 2023.- kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com