Terkejut Lipas Dalam Kereta, Pemandu Rempuh Tangga Jejantas


KERETA dipandu seorang wanita terbabas dan merempuh tangga jejantas di Jurong East Central, Singapura, selepas wanita itu terkejut melihat lipas dalam kenderaannya.

Kejadian yang berlaku Jumaat lalu, tular di media sosial selepas seorang pengguna Facebook memuat naik gambar kereta Mazda merah itu melanggar tangga jejantas berkenaan.

Menurut media Singapura, polis memberitahu kejadian berlaku pada 7.30 pagi, ketika kereta berkenaan menghala dari Jurong East Central ke Science Centre Road.

Akhbar The Straits Times melaporkan, wanita itu yang mengalami kecederaan ringan dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong untuk rawatan lanjut.

Wanita berusia 61 tahun itu dipercayai memandu seorang diri, gagal mengawal keretanya kerana terlalu takut melihat lipas merayap dalam keretanya.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com