Tentera Myanmar Mengaku Bunuh 10 Rohingya


YANGON - Pasukan keselamatan Myanmar mengambil bahagian dalam pembunuhan beramai-ramai 10 Rohingya, kata pejabat ketua tentera baru-baru ini.

Pejabat itu juga buat kali pertama turut mengakui kewujudan kubur besar minoriti Islam di Rakhine.

"Beberapa penduduk dari kampung Inn Din dan ahli keselamatan mengakui membunuh 10 pengganas Bengali," kata pejabat itu dalam kiriman di Facebook mengenai pembunuhan pada 2 September lalu.

Pengganas Bengali adalah istilah yang digunakan untuk merendah-rendahkan etnik Rohingya. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com