Tangan Melecur, Sultan Johor Zahir Dukacita Tidak Dapat Bersalaman Sempena Thaipusam


PETALING JAYA - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan perasaan dukacita apabila tidak dapat berjabat tangan dengan orang ramai khususnya masyarakat India pada perayaan Thaipusam yang bakal disambut pada Rabu ini.

Baginda yang gemar memasak telah mengalami kecederaan di tangan kanan akibat melecur ketika menyediakan makanan di Istana pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, bercakap kepada, Royal Press Office (RPO) di Facebook, baginda bertitah akan tetap menghadiri perayaan Thaipusam untuk bersama rakyat negeri itu.

"Tangan saya mengalami kesan melecur yang agak teruk ketika memasak. Oleh itu, saya tidak akan dapat bersalaman dengan orang ramai dan agak kurang sopan jika kita menyambut salam dengan tangan kiri. Saya berharap orang ramai akan memahami situasi ini.

"Namun, saya tetap akan menghadiri perayaan Thaipusam pada Rabu ini kerana tidak mahu mengecewakan rakyat saya," titah baginda.

Tahun lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berangkat ke majlis sambutan Thaipusam mewakili Sultan Ibrahim Iskandar di Kuil Sri Subramaniar Paripalana Saba Masai.

Pada 2016, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke majlis santapan tengah hari bersama masyarakat setempat sempena sambutan Thaipusam di Kuil Sri Murugan di Renggam, Kluang.

Sumber: Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com