Tampil Imej Bertatu, Syafie Naswip Dikritik Netizen


SIAPA tidak kenal dengan artis berbakat besar, Syafie Naswip yang mana rata-rata drama serta filem lakonannya sering mendapat pujian tinggi daripada orang ramai.

Malah, Syafie juga pernah dinobatkan sebagai pelakon terbaik dalam filem Mukhsin, Talentime dan Songlap.

Baru-baru ini, pelakon ini menerima kecaman selepas memuat naik sekeping gambar memaparkan dia tampil dengan imej bertatu di bahagian lengan.

Rata-rata netizen mengecam hebat pelakon tersebut kerana beranggapan perbuatan tersebut adalah tidak seiring dengan ajaran Islam.


Syafie bagaimanapun enggan mengambil peduli dan ambil pendirian ‘kunci mulut’ berhubung perkara itu.

Menurut Syafie, tiada yang mahu dijelaskan berhubung gambar tersebut yang telah mencetuskan perbalahan dalam kalangan peminatnya.

“Saja suka-suka sebab saya sedang bercuti di Bali, Indonesia. Lagipun itu inai sahaja. Tahan untuk seminggu.

“Memang tidak ada apa-apa untuk dijelaskan. Bagi saya tidak ada apa pun. Tiada isu. Saya tak ada sebarang kenyataan untuk itu,” katanya seperti dipetik dalam laporan sebuah portal online.

Perkongsian yang menerima lebih daripada 10,000 tanda suka itu terus menjadi perhatian netizen khususnya di Instagram. – Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com