Tampar Polis, Tendang Orang Awam, Faril Kamil Ditahan


ALOR SETAR - Pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Farid Kamil Zahari ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota polis di Kota Damansara, Petaling Jaya tengahari tadi.

Menurut sumber, beliau sebelum itu dikatakan terlibat dalam satu kemalangan dan hadir ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan kepada pihak polis.

Namun begitu, Farid secara tiba-tiba menunjukkan laporan media tentang 300 golongan artis di negara ini yang dilaporkan terpaksa meminjam wang dari "Ah Long" untuk menyara hidup.

Sikapnya itu telah mencetus tanda tanya kepada anggota bertugas yang menerima laporan kemalangannya itu dan kemudian bertanya tentang motif Farid menunjukkan laporan berkenaan kepadanya.

Farid bagaimanapun tiba-tiba sekali lagi bertindak pelik apabila bingkas dan bertindak menampar anggota polis tersebut.

Tidak cukup dengan itu, pelakon berkenaan juga turut dikatakan telah menendang seorang individu awam yang hadir di balai polis trafik itu untuk membuat laporan.

Difahamkan, Farid kini telah ditahan polis dan siasatan sedang dilakukan terhadapnya selepas satu laporan telah dibuat terhadap tindakan "gila"nya itu.

Menurut sumber yang dipetik dari Utusan pula, dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, selebriti berusia 36 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan tersebut di kaunter aduan Balai Polis Kota Damansara.

“Dia disyaki berada di bawah pengaruh dadah dan ujian air kencing sedang dijalankan terhadapnya,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian penahanan yang dilakukan terhadap selebriti yang berasal dari Kedah itu. -Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com