Tamat Misi 200 Hari Tinggal Dalam Makmal


BEIJING - Seramai empat sukarelawan berjaya menamatkan misi tinggal dalam satu ruangan kecil selama 200 hari sebagai persediaan China untuk menghantar manusia ke bulan.

Empat sukarelawan yang semuanya pelajar universiti tinggal di dalam makmal seluas 160 meter persegi yang dipanggil Yuegong-1 atau Istana Lunar di kampung Universiti Beihang di sini.

Agensi berita Xinhua melaporkan, semua pelajar itu masuk ke makmal pada 9 Julai lalu dan berjaya menamatkan misi berkenaan baru-baru ini.

Misi projek itu adalah menguji kemampuan manusia tinggal di ruangan tertutup bagi merealisasikan cita-cita pendaratan di bulan oleh China.

Makmal berkenaan direka untuk menjadi tempat tinggal manusia ketika berada di bulan.

Ketua pereka makmal berkenaan, Liu Hong memberitahu, eksperimen itu adalah untuk menguji tahap kemampuan manusia.

Katanya, sukarelawan berdepan cabaran apabila makmal itu secara tidak dijangka terputus bekalan elektrik sebanyak tiga kali.

“Pengalaman itu mencabar sistem dan juga status psikologi sukarelawan tetapi mereka berjaya mengatasi ujian berkenaan,” katanya. - Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com