Tak Sengaja Buang RM76,000 Dalam Tong Sampah


LIAONING - CHINA. Kerana terlalu sibuk dan penat mengemas, seorang lelaki tidak sengaja membuang sebuah plastik sampah berisi 124,000 yuan (RM75,832.40) bersama sampah lain.

SCMP melaporkan mangsa yang hanya dikenali sebagai Wang dirakam kamera CCTV meninggalkan rumahnya membawa dua plastik sampah untuk dibuang sebelum bertolak ke pejabat.

Hanya setibanya di pejabat baru Wang menyedari salah satu plastik sampah tersebut mengandungi wang tunai yang sepatutnya dideposit ke dalam bank.

Susulan itu, mangsa membuat laporan polis dan pihak berkuasa yang memeriksa rakaman CCTV menyaksikan seorang wanita 'melarikan' plastik sampah berkenaan.

Selanjutnya, rayuan polis kepada individu terlibat supaya memulangkan plastik sampah tersebut membuahkan hasil selepas wanita berkenaan tampil menyerahkan wang tersebut.

"Saya tak boleh tidur selepas menemui wang itu," kata wanita berkenaan yang mempunyai nama keluarga sama dengan mangsa iaitu Wang.

Wang kemudian menghadiahkan wang saguhati 2,000 yuan (RM1,223.07) kepada Wang kerana memulangkan wangnya.

Sumber: Sinar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com