Tahukah Anda Asal Usul Disebalik Nama Kampung Baru Nami?


Sejarah berkaitan Kampung Baru Nami cuba ditulis setepat mungkin. Menurut ceritanya kewujudan kampung ini telah lama sebelum merdeka. 

Asalnya kampung ini dihuni oleh penduduk berketurunan Siam, sebab itulah kebanyakkan penduduk asal (orang tua-tua) kampung Baru Nami ada yang pelat loghatnya lebih kepada loghat siam dan mahir berbahasa siam.

Kampung Baru Nami terletak disempadan antara Daerah Sik dan Daerah Padang Terap. Sebatang sungai iaitu sungai Muda menjadi pemisah kepada persempadanan ini dan dihubungkan antara dua daerah ini dengan sebuah jambatan.

Nami diceritakan mendapat nama daripada dua perkataan siam iaitu "NAM" dan "MI". NAM bermaksud muka dan MI bermaksud Beruang. Individu yang memberikan nama ini sukar dikenalpasti siapa tetapi ada yang berkata ianya diberikan oleh Raja Bersiong yang menghilir sungai Muda dari Kota Aur dan sampai disebuah lubuk yang dalam dan bentuk lubuk itu seperti muka beruang, maka dikatakan lubuk itu sebagai lubuk NAMMI (Nami). Lubuk Nami kekal hingga hari ini.

Ketika zaman darurat, Orang-orang Melayu daripada Danglau dan Lubuk Kemahang dipindahkan ke Kampung Nami dan diberi nama Kampung Baru Nami. 

Penduduk siam masih wujud tetapi kebanyakkan mereka menetap di Kampung Nami Lama (kawasan Sungai Kap) dalam Daerah Padang Terap. 

Walaupun penduduk yang berpindah ke Kampung Baru Nami berasal dari dua kampung yang berbeza tetapi kebanyakkan mempunyai talian persaudaraan. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com