Tahukah Anda Apa Yang "Best" Sangat Di Tanjung Dawai Kedah?


Berdekatan dengan Pantai Merdeka terdapat juga satu lagi tempat untuk pelancong membeli makanan-makanan buatan Malaysia khususnya Kedah iaitu Tanjung Dawai. 

Untuk makluman pembaca setia Kedahnews, kawasan ini merupakan perkampungan nelayan yang terletak di daerah Kuala Muda iaitu 60 kilometer dari Bandaraya Alor Setar dan terletak di Utara Muara Sg.Merbok Kedah. 

Pastinya anda tidak mahu melepaskan peluang datang ke Tanjung Dawai ini kerana segala produk hasil laut yang telah dikeringkan ada di sini. Jadi jika anda singgah ke Sungai Petani Kedah jangan lupa turun ke Tanjung Dawai. 

Produk-produk yang ada di sini sangat sesuai dijadikan buah tangan untuk sanak saudara di kampung. Terdapat pelbagai jenis pilihan yang menarik di sini. Antaranya ialah keropok yang mempunyai pelbagai perasa seperti udang, sotong, dan ikan. 


Apa yang membuatkan kita ingin dan hendak membeli keropok-keropok di sini adalah warnanya yang sangat meriah berwarna warni. Sudah terbayang-bayang di benak fikiran kita akan keenakan rasa keropok-keropok tersebut. 

Tidak ketinggalan juga ikan kering daripada pelbagai jenis ikan boleh di pilih dan lebih murah malah lebih besar boleh didapati di sini. Ikan yang sering menjadi pilihan ialah ikan talang kering. 


Kesemua ikan ini mudah didapati di Tanjung Dawai disebabkan kawasannya berhampiran pantai dan hampir kesemua penduduk di sekitar sini melakukan kerja sebagai nelayan. Anda sangat bertuah jika pergi ke sana pada musim buah kerana anda berpeluang merasai kenikmatan rojak Buah yang terdapat di Kedah. 


Restoran-restoran Seafood juga banyak terdapat di sini dan anda akan dapat merasakan rasa ‘fresh’ itu jika memakannya. Sungguh sukar digambarkan dengan kata-kata, yang perlu dilakukan adalah datang sendiri ke sini. 


Jangan lupa juga rasai ikan bakar yang terdapat di sini, memang ummppp. Jeti Tanjung Dawai yang ada di sini adalah untuk para pengunjung ataupun pelancong pergi ke Pantai Merdeka. 

Anda boleh menaiki bot untuk ke Pantai Merdeka dan tambang yang dikenakan hanyalah serendah RM 4 sahaja untuk pergi dan balik. Oleh itu jangan lepaskan peluang datang ke sini kerana ianya sangat-sangat berbaloi.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com