"Syok Sendiri" Bila Pakatan Kata Ekonomi Kukuh Kerana Tun M Dicalon Jadi PM


Tun Dr. Mahathir Mohamad kini mungkin dilamun 'syok sendiri' apabila penyokong Pakatan Harapan mendakwa kononnya ekonomi Malaysia bertambah baik sementara ringgit semakin kukuh selepas nama beliau dicalonkan sebagai bakal Perdana Menteri oleh gabungan parti permbangkang minggu lalu.

Ekonomi Malaysia bertambah baik disebabkan kesan positif daripada tadbir urus dan dasar kerajaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata ekonomi negara telah bertambah baik untuk beberapa ketika dan ini tidak berlaku semalaman.

Salleh membidas tanggapan itu sambil menyatakan "Sekali ini, ini adalah perbuatan yang tidak matang dan tidak bertanggungjawab oleh pembangkang semata-mata untuk mendapat pujian untuk diri sendiri.

"Tetapi kita tidak memerlukan pembohongan selanjutnya oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Kita perlu realistik dan tidak memberikan maklumat yang salah kepada rakyat," kata beliau menerusi catatannya dalam blog beliau: 

Beliau menarik perhatian bahawa ekonomi adalah isu global dan bukan hanya mengenai Malaysia.

"Di Timur Tengah pun, harga minyak petrol dinaikkan dan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) dilaksanakan. Semua negara menangani isu ini dan tiada negara yang terkecuali," kata beliau.


Sementara itu Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata pengukuhan nilai ringgit yang berlaku ketika ini bukan disebabkan campur tangan kerajaan dan demam pilihan raya seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pihak.

Menurutnya kerajaan tidak campur tangan dalam ringgit, ia berlaku melalui penawaran dan permintaan, jika ada banyak penawaran dan eksport, ia akan membawa masuk banyak dolar US ke dalam negara dan pastinya akan ada permintaan kepada ringgit. 

“Pengukuhan ringgit berlaku kerana adanya eksport yang kuat, pelaburan langsung asing (FDI) yang kukuh, harga minyak yang kembali stabil serta perkara positif dalam ekonomi berlaku kerana kepercayaan pelabur melihat kepada peningkatan ekonomi dan persekitaran politik yang stabil,”katanya. 

Dalam pada itu Johari menjangka Ringgit Malaysia terus meningkat berbanding dolar Amerika berikutan prospek ekonomi negara yang positif. 

Beliau mengulas unjuran ahli ekonomi bahawa unit tempatan akan bergerak kepada nilai saksama antara RM3.50 dan RM3.70 berbanding dolar Amerika. -Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com