Sultanah Kedah Dikurniakan Darjah Kerabat Kedah


ALOR SETAR – Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff mendahului penerima darjah kebesaran sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang ke-76 semalam.

Memetik Bernama, pada istiadat pengurniaan yang berlangsung di Istana Anak Bukit itu, Sultanah Maliha dikurniakan Darjah Kerabat Kedah.

Pada masa sama, dua lagi penerima ialah Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda dan Datuk Seri Utama Hajah Haminah.

Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda berkenan menerima Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah manakala gelaran Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah dikurniakan kepada Datuk Seri Utama Hajah Haminah.

Selain itu, turut berangkat menyaksikan istiadat pengurniaan itu ialah Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin; Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah; Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim dan Tunku Laksamana Kedah, Datuk Tunku Shazudin Ariff Sultan Sallehuddin.

Turut hadir sama pada majlis tersebut adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan isteri, Datin Seri Hizam Awang Ahmad serta barisan Exco Kerajaan Negeri. – Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com