Sudahlah PAN Dapat Kerusi Sikit, Diberi Amaran Pula Oleh DAP


Kasihan Parti Amanah Negara (PAN)! Sudahlah diberikan kerusi parlimen yang paling sedikit untuk pilihan raya akan datang, parti itu diberi amaran keras pula oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu memberi ingatan kepada kepemimpinan PAN supaya berhenti memperbesarkan isu pembahagian kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Guan Eng mahu PAN memberi tumpuan kepada kemenangan pada Pakatan Harapan mnerusi strategi yang jelas bagi menghadapi Barisan Nasional (BN).

PAN hanya diberi 27 kerusi Parlimen berbading PPBM yang juga parti baharu dikurniakan 52 kerusi Parlimen sementara PKR diberi 51 kerusi.

Semua orang tahu PAN adalah parti yang turut mewakilli orang Melayu manakan  PKR pula adalah parti campuran Melayu, Cina dan India.

Tidak wajarlah DAP memberi amaran keras kepada PAN kerana parti itu juga yang akan membantu DAP pada PRU ini.

Sewajarnya Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang nasihatkan PAS dan bukannya diberi amaran oleh DAP.

Dahulu DAP juga beri amaran kepada PAS tentang pelaksanaan hukum hudud (RUU 355 Mahkamah Syariah). 

Memang wajar pemimpin PAN di setiap negeri menyuarakan rasa tidak puas hati tentang agihan kerusi itu. Jikaiaberlaku kepada DAP, parti itu juga akan tidak puas hati. 

Ketika pengumuman konvensyen pakatan pembangkang Ahad lepas PAN mendapat agihan paling sedikit iaitu 27 kerusi Parlimen di Semenanjung untuk ditandingi, berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) (52); PKR (51) dan DAP (35).

Perbuatan agihan kerusi yang tidak adil kepada PAN menyebabkan PAS turut menyindir parti serpihan PAS itu.

Mereka sifatkan PAN parti lemah, tidak ramai penyokong dan kemnugkinan tidak boleh menang, sebab itu diagihkan kerusi yang kecil.

Soalnya kenapa pula Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang tidak diketahui bilangan ahli, 
cawangannya dan lebih muda usianya daripada PAN, diberikan kerusi hampir dua kali ganda daripada PAN.

Pemimpin PAN yang bersusah payah mengasaskan parti itu tentunya turut bersedih apabila diberi amaran demikian oleh DAP.

Namun DAP berhak memberi amaran kepada PAN kerana DAP adalah ketua Pakatan Harapan, bukannya PPBM atau PKR.

Andainya Pakatan Harapan menang PRU14 kelak, berapa ramai agaknya pula ahli Parlimen PAN akan dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri?  

Ahli PAN tentunya  berharap parti mereka tidak dijadikan kuda tunggangan seperti mana DAP memperkudakan PAS pada PRU13. - Kedahnews.com.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com