Stesen Angkasa China Dijangka Terhempas Di Bumi Pada Mac


HONG KONG - Stesen angkasa Tiangong-1 yang dilancarkan pada September 2011 dijangka terhempas ke bumi akhir Mac ini dengan risiko ancaman kecil.

CNN mengatakan kebarangkalian serpihan stesen tersebut mengakibatkan kemalangan jiwa adalah sangat kecil, umpama 1 dalam 1 trilion.

Sebahagian besar bahagian stesen seberat 8.5 tan dan berukuran 40 kaki panjang berkenaan diramal terbakar dan hancur ketika memasuki atmosfera bumi.

Serpihan-serpihan kecil pula dijangka terhempas di laut.

"Paling teruk pun, serpihan kecil akan terhempas di kawasan penduduk berkepadatan rendah dan menyebabkan kerosakan minimum," kata ahli astrofizik, Jonathan McDowell kepada CNN.

Tambah McDowell lagi, masih belum ada kemalangan jiwa berlaku dalam tempoh 60 tahun melibatkan serpihan dari angkasa lepas.

Tiangong-1 berhenti berfungsi pada 16 Mac 2016 tanpa puncanya dirahsiakan kerajaan China.

Enam bulan kemudian, stesen angkasa lepas China kedua, Tiangong-2 berjaya dilancarkan dan memasuki orbit.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com