Siti Umum Jantina Anak, Stesen Radio Buat Kejutan,


AKHIRNYA penyanyi No.1 Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan bahawa dia bakal menimang cahaya mata perempuan selepas merahsiakan jantinanya daripada pengetahuan umum.

Semalam, telah berlangsung acara makan malam keluarga Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa bersempena ulang tahun kelahiran Siti yang ke-39 tahun!

“Saya rasa perkara paling bermakna pada saya ialah zuriat yang bakal dilahirkan Inshaa Allah pada Mac nanti.

“Doktor telah mengesahkan bahawa kandungan Siti merupakan seorang puteri. Doakan puteri kami sihat sempurna dan jadi anak yang solehah,” kata Siti dan suami.

Video pengumuman itu membuatkan ramai peminat turut tumpang gembira kerana akhirnya tiada lagi rahsia berkaitan kandungan yang dinanti-nantikan itu.


Krew daripada radio Hot FM dan Kool FM turut membuat kejutan di kediaman penyanyi tersohor itu pada Selasa lalu iaitu sehari sebelum hari lahir Siti.

Kejutan itu telah dirahsiakan daripada pengetahuan Siti sendiri dengan bantuan Datuk Khalid sejam sebelum mereka sekeluarga keluar bercuti.

Pada masa yang sama, dalam kegembiraan menyambut kelahiran dan bayi yang bakal lahir, banyak stesen radio tempatan turut tumpang meraikan detik kebahagian itu.


Antaranya ialah stesen radio Suria FM, Kool FM, Hot FM, THR Gegar dan Best FM turut mendedikasikan beberapa slot khas bagi meraikan hari lahir penyanyi cantik manis itu.

“Saya terharu apabila pihak radio ini (saya yakin stesen lain juga mendukung perjalanan karier saya dengan cara tersendiri) mengadakan segmen khas sempena ulang tahun kelahiran saya adalah satu penghormatan yang tidak pernah saya jangka.

“Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua stesen radio yang mengadakan slot istimewa pada 11 Januari 2018. Ini adalah sesuatu yang amat kami hargai dan tentunya menjadi hadiah yang bermakna buat saya,” tulisnya di ruangan caption Instagram miliknya semalam.

Siti turut melahirkan rasa berteirma kasih dan terharu atas sambutan yang diberikan oleh semua stesen radio tempatan yang terlibat.

Selamat hari lahir diucapkan kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza dan semoga bayi di dalam kandungan akan menjadi puteri yang solehah. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com