Serigala Diberi Nama Trump


GJAKOVA - Seorang petani dari Kosovo, Hysni Rexha, memberi nama Trump kepada seekor daripada empat serigalanya.

"Saya memelihara beberapa ekor serigala tetapi yang satu ini sangat pintar dan bertenaga dalam apa juga perkara dilakukannya.

"Saya juga kagum dengan Presiden Donald Trump dan melihatnya sangat bertenaga, suka memberi arahan dan berani.

"Serigala ini juga mirip Trump yang tidak mengikut telunjuk orang, mempunyai caranya sendiri, termasuk melakukan misi," katanya yang lebih selesa dikenali sebagai pakar veterinar holistik.


Selain serigala, Rexha turut memelihara ayam, burung merpati, kuda, lembu, helang dan merak.

"AS adalah penyokong kuat ketika perang. Saya tiada cara lain untuk mengucapkan terima kasih melainkan menamakan seekor serigala dengan nama Trump.

"Saya melihat Trump seperti serigala dan serigala saya pula seperti Trump," katanya.

Gallup International bulan ini menjalankan kaji selidik yang melihat bagaimana individu menilai prestasi pegawai kerajaan Amerika Syarikat (AS)

Kosovo menduduki tempat pertama di dunia sebagai penyokong kuat pentadbiran Trump, yang ditunjukkan menerusi sokongan kira-kira 75 peratus rakyatnya.

Washington adalah sekutu terkuat Kosovo dari segi politik dan ekonomi.

Kebanyakan warga Kosovo menamakan anak lelaki mereka Klinton sebagai tanda hormat kepada bekas Presiden Bill Clinton.

Clinton memainkan peranan penting dalam campur tangan NATO menentang Serbia pada 1999, yang membawa kepada kemerdekaan Kosovo.

Nama Clinton turut diabadikan di satu jalan di ibu kota Pristina, manakala satu jalan lagi dinamakan sempena bekas Presiden George W Bush. - REUTERS

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com