Saya Tidak Rasis - Trump


WASHINGTON - Presiden Donald Trump menegaskan, beliau 'bukan rasis' selepas dilaporkan menghina pendatang dari negara 'jijik' yang mencetuskan kritikan global.

Trump, Jumaat lalu menulis dalam Twitter menafikan mengenai komen itu, yang dilaporkan akhbar The Washington Post dan The New York Times serta disahkan Senator Democrat, Dick Durbin, yang menghadiri mesyuarat itu.

"Saya bukan rasis. Saya individu paling tidak rasis pernah ditemubual," kata Trump kepada wartawan di Kelab Golf Antarabangsa Trump di West Palm Beach, Florida.

Dakwaan itu dibuat ketika mesyuarat antara Trump dan ahli perundangan mengenai pembaharuan imigresen, Khamis lalu.

Selepas ahli perundangan membangkitkan isu perlindungan bagi pendatang dari Afrika, Haiti dan El Salvador, Trump dilaporkan bertanya mengapa Amerika Syarikat perlu menerima pendatang dari negara 'jijik' berbanding negara kaya dan berkulit putih seperti Norway.

Trump berkata, beliau cuba merangka perjanjian imigresen tetapi anggota Democrat tidak membantu.

"Kami sudah sedia, mahu dan mampu membuat perjanjian mengenai Tindakan Tertunda bagi Ketibaan Zaman Kanak-Kanak (DACA)," katanya. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com