Rogol Gadis Tepi Pagar, Tukang Cat Dipenjara 16 Tahun


KOTA BARU - Seorang tukang cat didapati bersalah merogol kekasihnya berusia 15 tahun di tepi pagar Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, dua tahun lalu.

Wan Mohamad Firdaus Wan Razni, 23 tahun, dihukum penjara 16 tahun dan enam sebatan selepas gagal dalam pembelaannya, lapor Kosmo!

Tertuduh didakwa merogol mangsa dalam kereta di tepi pagar lapangan terbang tersebut, antara jam 9 malam hingga 10 malam 25 November 2016.

Beliau didakwa bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Wan Mohamad Firdaus, tidak diwakili peguam, merayu supaya hukuman disingkatkan kerana dia menanggung adik-adiknya yang masih bersekolah.

Hakim Mahkamah Sesyen Nazri Ismail kelmarin mengarahkan tertuduh menjalani hukuman di Penjara Pengkalan Chepa di sini, berkuat kuasa dari tarikh tangkapan 7 Januari lalu. 

Sumber: Malaymail

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com