Ribut Petir Di Beberapa Negeri Di Utara Berterusan Pagi Ini


KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di perairan Pulau Pinang, Perak dan Selangor dijangka berterusan sehingga pagi ini.

Menerusi kenyataan yang di keluarkan MetMalaysia pagi ini seksyen A, bagi perairan negara keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj).

"Keadaan itu juga menyebabkan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.

"Bagi seksyen B amaran bagi aktiviti perkapalan dikeluarkan keadaan ribut petir berlaku di perairan Selat Melaka Utara dijangka berterusan sehingga pagi ini.

"Angin kencang sehingga mencecah 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter juga berbahaya kepada bot kecil," katanya.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com