Remaja Suspek Utama Kes Rogol Ditemui Mati


HARYANA - Remaja lelaki yang dinamakan suspek utama kes rogol dan bunuh di daerah Haryana, India ditemui mati.

Polis melancarkan misi pencarian besar-besaran mengesannya selepas ibu bapa mangsa rogol berusia 15 tahun mendakwa anak mereka diculik suspek.

Pencarian bagaimanapun berakhir dengan penemuan mayat suspek berusia 19 tahun dalam keadaan reput dengan beberapa kesan kecederaan di badan.

Identiti suspek disahkan ibu bapanya berdasarkan tatu di lengan.

Suspek didakwa menculik mangsa ketika dalam perjalanan pulang dari kelas tambahan.

Mayat mangsa rogol ditemui dalam keadaan separuh bogel pada Sabtu, berhampiran tebing terusan di sebuah kampung di daerah Jind selepas dilaporkan hilang pada 9 Januari.

Pemeriksaan mendapati mangsa dirogol sehingga menyebabkan bahagian sulitnya cedera teruk, manakala beberapa organ penting badan mangsa pecah.

Polis percaya jenayah berkenaan melibatkan lebih daripada seorang suspek.

Namun penemuan satu-satunya suspek menyebabkan siasatan kes berkenaan kini buntu.

Insiden cetus kemarahan di seluruh negara, dan mengimbau semula kes rogol dan bunuh pelajar berusia 23 tahun pada 2012.

Jyoti Singh, meninggal dunia 11 hari selepas diserang enam lelaki di atas sebuah bas, susulan kecederaan teruk yang dialaminya.

Bulan lalu, satu lagi kes rogol dan bunuh melibatkan kanak-kanak berusia enam tahun berlaku di daerah Hisar, Haryana.

Sumber: Astro Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com