Remaja 17 Tahun Rogol Adik, Jadikan Ibu Kandung Mangsa Seterusnya


Kisah ini kedengaran seperti tidak masuk akal tetapi ia betul-betul berlaku. Seorang anak lelaki menyukai ibunya sendiri.

Walaupun mengetahui wanita itu adalah ibu kandung sendiri, si anak menjadi `gila’ dan cuba melampiaskan nafsu padanya.

Remaja bernama Karlo yang masih berusia 17 tahun ini ditangkap polis disebabkan alasan yang sungguh mengejutkan iaitu cuba memperkosa ibu kandungnya sendiri.

Peristiwa itu berlaku di Barangray Pasong Tamo, Quezon, Filipina. Lebih mengejutkan, berdasarkan laporan yang dibuat oleh ibu kandungnya, Karlo telah terlebih dahulu memperkosa adik kandungnya.

Usia adiknya masih muda iaitu 10 tahun.

Dipetik dari Viral4real, ibunya memaklumkan ini bukan kali pertama Karlo berusaha untuk memperkosa dirinya.

Tahun lalu, dia sempat masuk ke dalam bilik ibunya dan cuba membuka seluar wanita terbabit.

Pada awalnya, ibu kepada dua anak tersebut menganggap anak sulungnya itu cuba mengambil wang dari poket seluar namun tidak lama kemudian dia menyedari bahawa anaknya mempunyai maksud lain.

Beberapa hari lalu, Karlo sempat mengancam ibunya dengan pisau dan meminta wanita itu membuka seluarnya.

Menurut polis pula, Karlo telah memperkosa adiknya namun tidak memaklumkan kepada ibunya kerana takut diancam.

Sementara itu, Karlo ketika membuat pengakuan kepada polis memberitahu, perbuatan itu dilakukan kerana dia terpengaruh dengan dadah jenis syabu.

“Aku malu pada diriku sendiri, aku sangat menyesal. Aku tidak tahu apa yang sudah kulakukan,” katanya.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com