Rating Trump Semakin Merosot, Jatuh Merudum!


WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT.  Sokongan terhadap Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semakin merosot apabila rating penerimaan terhadap jutawan dari New York itu jatuh kepada 37 peratus, menurut tinjauan yang disiarkaN.

Tinjauan dilakukan Gallup itu dibuat ketika Trump dipalit kontroversi susulan penerbitan buku Fire and Fury: Inside the Trump White House.

Buku tulisan Michael Wolff yang mula dipasarkan minggu lalu itu memaparkan Trump sebagai tidak stabil dari segi mental.

Trump bagaimanapun menyelar buku berkenaan dan menganggap ia penuh dengan pembohongan.

Sementara itu, menurut laporan Washington Post yang disiarkan pertengahan Julai lalu, rating penerimaan Trump selama enam bulan berturut-turut adalah yang terendah dibandingkan dengan presiden AS yang lain dalam tempoh 70 tahun. 

Sumber - Press TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com