Rampas, Bakar Bas Di Thailand, Lebih 20 Suspek Ditahan


YALA- THAILAND.  Pihak berkuasa keselamatan menahan lebih 20 orang yang disyaki terlibat dalam insiden merampas dan membakar sebuah bas di Betong-Bangkok bulan lalu, beberapa suspek turut mengaku bersalah terhadap jenayah itu, lapor agensi berita Thailand (TNA).

Pesuruhjaya Polis Wilayah 9, Leftenan Jeneral Polis Ronasilp Phusara berkata, selepas kejadian di daerah Bannang Sata, wilayah Yala, pada 17 Disember itu, empat suspek pertama ditahan pihak berkuasa di kawasan berdekatan.

Hasil maklumat diperolehi daripada suspek, kemudiannya membawa kepada serbuan di Perkampunagn Ban Ngo Kapo dan Ban Bannang Kuwae di daerah Bannang Sata pada Khamis lepas.

Ronasilp berkata, hasil maklumat juga mendapati anggota pemberontak lama dan baharu terbabit dalam serangan ganas itu.

Selain itu, suspek turut mengaku pemberontak di bahagian selatan menyerang projek pembangunan ekonomi di Deep South.

Tambah beliau ramai lagi suspek masih bebas.

Menurut seorang sumber, tiga suspek mengaku melakukan jenayah itu dan ia didalangi oleh pemimpin pemberontak tempatan Abdullah Tapohtoh dan Ahama Luebaesar. - Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com